PEMAHAMAN PETIKAN TEKS

Pemahaman Petikan Teks ini melibatkan Disiplin Sastera dan Disiplin Sains. Bidang-bidang yang disoal berkaitan sains sosial, kemanusiaan, sains tulen, perubatan & kesihatan serta sains gunaan.

Saturday, August 29, 2009

CARA PEMARKAHAN BAHAGIAN C

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Bahagian C terdiri daripada Soalan 5 dan Soalan 6.
Soalan 5 merupakan petikan kefahaman laras sastera dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu 5(a) dan 5(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu soalan sahaja.

Soalan 6 merupakan petikan kefahaman laras sains dan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu 6(a) dan 6(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu sahaja.

Ini bermakna untuk bahagian C pelajar perlu menjawab
SATU SOALAN 5(a) ATAU 5(b) DAN
SATU SOALAN 6(a) ATAU 6(b).

Di sini ada beberapa panduan untuk pelajar menjawab Bahagian C (Petikan).
1. Baca seluruh soalan dalam Bahagian ini dan kenal pasti soalan yang para pelajar dapat menjawab dengan sangat baik. Kegagalan mengenal pasti soalan yang anda yakini akan menjejaskan tumpuan para pelajar.
Contohnya tanpa membaca soalan lain dalam bahagian ini pelajar terus menjawab, katakan soalan 5(a). Apabila selepas menjawab dan kemudian membaca pula soalan 5(b), pelajar dapati dapat memberikan idea dan huraian yang lebih baik. Ini akan menjejaskan tumpuan para pelajar. Oleh itu sila berhati hati.
2. Setiap soalan terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.

(a) Roman i (2 Markah)
Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja.(mencukupi dengan jumlah markah diperuntukkan).
Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai yang mempunyai maksud yang sama/seakan sama dengan perkataan asal untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

(b). Roman ii (8 Markah)
Aspek pemarkahan:
Idea(2 idea) - 2 Markah
Huraian - 4 Markah
Bahasa - 2 markah

Thursday, August 27, 2009

SOALAN TAHUN 2008

Petikan Laras Sastera

(a) "Dalam bidang linguistik, tidak ada istilah 'bahasa rojak'. Istilah ini ditimbulkan oleh sejumlah orang yang melihatnya dari sudur pandangan orang awam yang menganggap sesuatu yang bercampur-campur itu sebagai rojak. 'Bahasa rojak' boleh dirumuskan sebagai satu ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam situasi tidak rasmi. Unsur ini tampaknya telah melarat ke dalam bidang yang rasmi seperti mesyuarat, penulisan, dan penyiaran. Fenomena ini menjadi satu gugatan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu."
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Awang Sariyan,
"Bahasa Rojak : Nilai Rasmi Bahasa Kebangsaan Luntur,"
Dewan Masyarakat, Julai 2004)

(i) Mengapakah dikatakan bahawa "bahasa rojak" menjadi gugatan kepada bahasa Melayu?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan bagaimana bahasa rojak boleh mengugat bahasa Melayu.

(b) "Oleh sebab Amerika Syarikat sebuah negara maju dan kuat, maka Persatuan Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) dengan negera itu mengundang kebimbangan besar terhadap kemampuan Malaysia untuk menghadapi persaingan sengit dengannya. FTA meliputi beberapa banyak bab; antaranya termasuklah produk barang, perkhidmatan, perubatan, hak pelaburan, pemerolehan kerjaan dan hak harta intelektual. Dalam bab-bab ini, Amerika Syarikat mencadangkan supaya Malaysia membuka 'pintunya'. Banyak perniagaan yang sebelum ini diperuntukkan kepada orang Malaysia yang akan 'terhakis'."
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Wawancara dengan Martin Khor,
Mingguan Malaysia, 4 Mac 2007)

(i) Mengapakah FTA membimbangkan Malaysia?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kemungkinan kesan negatif FTA terhadap Malaysia.

SUBTOPIK DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Petikan Laras Sastera
  1. Sains Sosial
  2. Kemanusiaan

Laras Sains

  1. Sains Tulen
  2. Sains Gunaan
  3. Perubatan dan Kesihatan

KEFAHAMAN DAN ULASAN PETIKAN TEKS

Panduan Menjawab
  1. Baca soalan dan kenal pasti dengan tepat maksud teks dan kehendak soalan.
  2. Soalan No.5 petikan laras sastera mengandungi soalan (a) dan (b).
  3. Soalan No. 6 petikan laras sains dan teknologi mengandungi soalan (a) dan (b)
  4. Anda hanya perlu memilih satu soalan daripada setiap laras. Menjawab lebih soalan akan mengurangkan masa anda untuk menjawab soalan yang lain.
  5. Pilih petikan yang anda fahami dengan mendalam
  6. Setiap petikan mengandungi dua pecahan soalan iaitu (i) dan (ii)
  7. Bagi soalan (i) anda hanya perlu menjawab dengan sebaris ayat sahaja. Ayat pertama sahaja yang akan diperiksa.
  8. Bagi soalan (ii) anda perlu menjawab tidak melebihi 50 patah perkataan. Jawapan yang lebih tidak akan diperiksa oleh pemeriksa.
  9. Isi penting mestilah ditullis dahulu dan kemudian berikan huraian ringkas
  10. Pastikan penggunaan bahasa anda jelas dan gramatis
  11. Dari segi pemerengganan, soalan (i) tulis dalam satu ayat sahaja. Soalan (ii) mencukupi dengan satu perenggan yang ringkas, padat dan tepat.
  12. Dari segi jawapan, sama ada anda perlu memberi pendapat atau berasaskan kandungan teks. Ini bergantung pada kehendak soalan. Oleh itu, anda perlu meneliti dan memahani kehendak soalan sebelum menjawabnya.

Tuesday, August 11, 2009

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG