PEMAHAMAN PETIKAN TEKS

Pemahaman Petikan Teks ini melibatkan Disiplin Sastera dan Disiplin Sains. Bidang-bidang yang disoal berkaitan sains sosial, kemanusiaan, sains tulen, perubatan & kesihatan serta sains gunaan.

Thursday, August 27, 2009

SOALAN TAHUN 2008

Petikan Laras Sastera

(a) "Dalam bidang linguistik, tidak ada istilah 'bahasa rojak'. Istilah ini ditimbulkan oleh sejumlah orang yang melihatnya dari sudur pandangan orang awam yang menganggap sesuatu yang bercampur-campur itu sebagai rojak. 'Bahasa rojak' boleh dirumuskan sebagai satu ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam situasi tidak rasmi. Unsur ini tampaknya telah melarat ke dalam bidang yang rasmi seperti mesyuarat, penulisan, dan penyiaran. Fenomena ini menjadi satu gugatan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu."
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Awang Sariyan,
"Bahasa Rojak : Nilai Rasmi Bahasa Kebangsaan Luntur,"
Dewan Masyarakat, Julai 2004)

(i) Mengapakah dikatakan bahawa "bahasa rojak" menjadi gugatan kepada bahasa Melayu?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan bagaimana bahasa rojak boleh mengugat bahasa Melayu.

(b) "Oleh sebab Amerika Syarikat sebuah negara maju dan kuat, maka Persatuan Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) dengan negera itu mengundang kebimbangan besar terhadap kemampuan Malaysia untuk menghadapi persaingan sengit dengannya. FTA meliputi beberapa banyak bab; antaranya termasuklah produk barang, perkhidmatan, perubatan, hak pelaburan, pemerolehan kerjaan dan hak harta intelektual. Dalam bab-bab ini, Amerika Syarikat mencadangkan supaya Malaysia membuka 'pintunya'. Banyak perniagaan yang sebelum ini diperuntukkan kepada orang Malaysia yang akan 'terhakis'."
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Wawancara dengan Martin Khor,
Mingguan Malaysia, 4 Mac 2007)

(i) Mengapakah FTA membimbangkan Malaysia?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kemungkinan kesan negatif FTA terhadap Malaysia.

1 comment: